KODE Dfp 1 Taufan Willa cecah tahap maksimum Kategori 5 | Online News Asia

Taufan Willa cecah tahap maksimum Kategori 5

KODE 200x200
KODE 336x320 atau in artikel

MEXICO CITY : Kekuatan Taufan Willa bertambah menjadi taufan Kategori 5 dan berpotensi mendatangkan kemusnahan besar di sekitar pantai Pasifik selepas ia dijangka membawa bersama angin kencang serta banjir, kata Pusat Taufan Nasional Amerika Syarikat (NHC).

Taufan itu juga dijangka membadai bandar peranginan Mazatlan menjelang tengahari atau petang Selasa.

“Ia sekarang memiliki kelajuan angin 260 kilometer sejam, menjadikan ia taufan kategori 5 pada tahap paling maksimum.

“Kekuatannya diramalkan sedikit berkurangan esok namun Willa akan muncul sebagai taufan paling berbahaya apabila tiba di perairan Mexico,” kata NHC.

Willa dijangka menurunkan hujan 15 hingga 30 sentimeter (cm) di beberapa bahagian Jalisco, Nayarit dan Sinaloa dengan sesetengah kawasan mungkin menerima sehingga 45 cm hujan.

“Hujan ini akan menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh yang boleh mengancam nyawa penduduk sekitar,” kata NJHC memberi amaran.

Kerajaan Mexico turut mengeluarkan perintah berjaga-jaga di beberapa kawasan di sekitar perairan itu.

Sementara itu Ribut Tropika Vicente dengan kelajuan angin maksimum 75 kilometer sejam dijangka menyebabkan hujan lebat dan banjir di selatan serta barat daya Mexico. - AFP

Sumber
Kode 300 x 250
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
Kode DFP2
Kode DFP2